MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MASJID/ASNAF/ANAK-ANAK YATIM DI MASJID AL-WASATIYYAH, MUKIM JENEREH TUJUH, TO’ UBAN, PASIR MAS

 

Pasir Mas, 20 Mei 2022 – Pemangku Ketua Polis Kelantan YDH DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Hj Harun bersama isteri YBhg. Datin Suzana binti Yashin, Pemangku Pengerusi Perkep Kontinjen Kelantan telah meluangkan masa bersama-sama warga Mukim Jenereh menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri seterusnya menyempurnakan Penyerahan sumbangan kepada masjid serta golongan asnaf dan anak-anak yatim di Masjid Al-Wasatiyyah, Mukim Jenereh, To’ Uban, Pasir Mas.
Terdahulu Pemangku Ketua Polis Kelantan bersama-sama Anak Mukim Jenereh Tujuh telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Wasatiyyah dengan menghayati Khutbah Jumaat bertajuk “Jauhkah Masjid Kita”.
Usai menunaikan solat Jumaat, Pemangku Ketua Polis Kelantan mengambil peluang beramah mesra bersama warga Mukim serta memberikan nasihat berkaitan permasalahan Jenayah yang berlaku di Negeri Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan juga menekankan pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan terutama berkenaan pengetahuan tentang masalah Narkotik serta seksual di kalangan belia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …