TUDM BUTTERWORTH TUNAIKAN IMPIAN PEJUANG MUDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Walaupun disahkan mengidap kanser tahap akhir, namun semangat juang anak muda berusia 15 tahun ini sangat mengagumkan dan selayaknya menjadi inspirasi kepada pemuda pemudi di luar sana.

Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri, seorang pengidap kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) bercita-cita menjadi seorang juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Sehubungan dengan itu, Pihak TUDM menerusi 15 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Kolej Tentera Udara telah berkolaborasi bersama Friend of Childhood-Cancer Northern (FOCCAN) menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan merealisasikan impian Muhammad Irfan pada 19 Mei 2022.

Muhammad Irfan telah diberi peluang merasai pengalaman mengendalikan simulator pesawat F/A-18D di Pusat Simulator Pejuang, di samping bergambar bersama pesawat pejuang Hawk 108 dari No 15 Skuadron dan F/A18D dari No 18 Skuadron.

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …