ISU KEKURANGAN KAYU: MALAYSIA SEDIA BEKERJASAMA DENGAN AS DAN UK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Kerjasama Bilateral / Multilateral)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Malaysia sedia bekerjasam dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) bagi menangani isu kekurangan kayu dan produk berasaskannya di negara-negara terbabit. Hal ini dapat direalisasikan menerusi usaha mencari dan menambah nilai kepada produk kayu dari negara ketiga, terutamanya untuk produk yang disahkan di bawah PEFC (Program untuk Pengesahan Pensijilan Hutan).

Berikutan dengan konflik yang berlaku di Rusia, sekatan ke atas produk kayu Rusia telah memaksa pengimport Amerika untuk mencari sumber alternatif, terutamanya bagi papan lapis. Namun, eksport produk kayu dari Malaysia kini agak perlahan kerana kekurangan balak daripada hutan semula jadi dan menyebabkan kilang papan sukar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, Persatuan Produk Kayu Antarabangsa (IWPA) yang berpengkalan di AS telah berkongsi hasrat untuk berbincang dengan ketua-ketua kayu industri kayu-kayan Malaysia bagi mengatasi isu sektor ini.

 

Sumber:

BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …