PULAU PINANG MENENTANG KEKEJAMAN TERHADAP HAIWAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sedang bekerjasama rapat bagi menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan terbiar termasuk anjing liar.

Menurut Connie Tan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Stray and Abandoned Dog MBPP, memaklumkan bahawa inisiatif Jawatankuasa Kecil ini adalah dengan menerbitkan sebuah majalah The Pawsible, bagi mendidik orang ramai dalam perkara ini. Majalah setebal 65 muka surat itu memaparkan kepentingan program trap, neuter, release or rehome (TNR), sokongan daripada NGO, kisah kejayaan anak angkat dan tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan.

Program TNR ini adalah keputusan yang berpandangan jauh dan berani untuk kebaikan jangka panjang anak-anak dan masyarakat. Menurutnya, bantuan dari NGO International Aid For the Protection and Welfare of Animals (IAPWA) Pulau Pinang yang telah bekerjasama dengan MBPP bagi menangani anjing yang ditangkap melalui program TNR. Ianya telah menamatkan pembunuhan anjing jalanan di Pulau Pinang dan digantikan dengan pengurusan berkesan dan berperikemanusiaan. Menurutnya lagi, Program TNR ini telah memberi manfaat kepada masyarakat. Program ini dapat membantu mengurangkan gangguan, pencemaran bunyi yang disebabkan oleh pergaduhan anjing dan risiko penularan penyakit. Dalam program ini, semua anjing yang dikebiri dan dilepaskan diberi vaksin rabies sebagai langkah proaktif untuk mencapai imuniti kelompok demi kesejahteraan manusia dan haiwan lain.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri iaitu YB Jagdeep Singh Deo atas sokongannya dan berharap masyarakat yang mencintai haiwan peliharaan di negeri ini dapat diwujudkan. Manakala YB Jagdeep pula menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited bagi menghentikan kekejaman terhadap haiwan, terutamanya anjing liar dan terbiar. Malahan  usaha ini akan dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan selamat untuk anak-anak serta komuniti. Beliau juga memuji usaha Jawatankuasa Kecil Stray And Abandoned Dog sehingga berjaya menerbitkan sebuah majalah yang berinformasi dengan mengambil masa selama setahun untuk projek tersebut.

Tan memaklumkan bahawa Majalah The Pawsible ini akan diedarkan ke semua kafe di negeri ini untuk kemudahan orang ramai. Ia juga boleh didapati di laman web MBPP. Selain itu, Tan juga memberitahu bahawa setelah program TNR dilaksanakan, IAPWA Pulau Pinang mempunyai TNR sebanyak 3,638 anjing setakat bulan lepas.

Pada Majlis Pelancaran Majalah The Pawsible yang telah diadakan di Gurney Plaza (16 Mei 2022), YB Jagdeep telah menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada IAPWA Pulau Pinang; RM3,000 kepada Penang Animal Sanctuary Society (PASS); RM1,000 kepada Spay, Adopt, Manage, Assist (SAMA); RM1,000 kepada Penang Stray Rescue Society (PGSR); RM1,000 kepada Cat Beach Sanctuary; RM1,000 kepada Society for Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) dan RM1,000 kepada Penang Animal Society (4PAWS).

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, Senator Lim Hui Ying, ADUN Air Itam Joseph Ng, ADUN Pulau Tikus Chris Lee, ADUN Sungai Pinang Lim Siew Khim, ADUN Bagan Dalam M. Satees, setiausaha MBPP A. Rajendran dan Pengerusi Eksekutif Pentamaster Corporation Bhd. iaitu Chuah Choon Bin.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …