KRU BOT DIPERCAYAI LEMAS KETIKA MENCANDAT SOTONG DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 17 MEI 2022 – Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut selepas mencandat sotong di kedudukan 4 batu nautika Kuala Chendering pada pagi 16 Mei 2022.
Mangsa, T Razali Wok, 74, disyaki terjatuh ke dalam laut semasa dalam perjalanan balik ke pangkalan kira-kira jam 5.30 pagi.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan mengaktifkan operasi CARILAMAT dengan mengatur gerak bot Perkasa 1234 ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada pengadu, Abu Bakar Yassin yang merupakan tekong bot tersebut.
Mangsa dipercatai telah keluar mencandat sotong bersama tiga rakan termasuk tekong menggunakan bot Kelas A bernombor pendaftaran TFA 1643 yang berpangkalan di Chendering. Kali terakhir mangsa dilihat berada di dalam bot semasa perjalanan pulang sekitar jarak empat batu nautika menghala ke jeti. Tekong menyedari mangsa hilang semasa bot merapat di jeti dan mengesyaki telah jatuh laut, seterusnya melaporkan kehilangan mangsa.
Usaha mengesan mangsa sedang dilaksanakan bot PERKASA 1234 setelah operasi CARILAMAT diaktifkan.
Maritim Malaysia Negeri Terengganu meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut serta melaporkan sebarang maklumat kecemasan dan salah laku di talian MERS 999 atau 09-6223657 Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu.

 

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

‘KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA’

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut