MENTERI KESIHATAN TEKAD BANTERAS BUDAYA KERJA TOKSIK DI HOSPITAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2022-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Rakyat)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumumkan satu pasukan petugas khas bebas bagi menyiasat isu buli dalam kalangan doktor pelatih di hospital kerajaan.

Menterinya Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin berkata, anggota pasukan petugas bebas itu diberi masa dua (2) bulan untuk siasat budaya kerja di hospital di bawah kementerian. Pasukan itu akan menyiasat isu buli dan membuat syor untuk memperbaiki keadaan budaya kerja.

Menurut beliau, budaya kerja toksik di bawah KKM harus dibanteras. Zaman dahulu dan zaman sekarang adalah berbeza. Suasana kerja perlu ada hormat, bantu-membantu dan pemerkasaan. Bukan mendera dan memalukan,.

Terdahulu, dalam ciapannya melalui Twitter, beliau sendiri turun padang bagi mendengar pengalaman doktor pelatih yang akan memulakan tugas pagi ini. Semalam, Menteri Kesihatan itu mendedahkan doktor pa­­­­­­­­kar antara lima (5) pegawai perubatan yang didakwa terlibat dalam kes buli di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau sudah melihat senarai nama berkenaan dan kes tersebut akan disiasat oleh sebuah pasukan khas bebas di bawah Unit Integriti kesmenterian itu. Apa yang kita lihat sekarang ialah aduan dibuat. Ada nama telah dihantar kepada pihak integriti untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih HPP dilaporkan maut selepas terjatuh dari kediamannya dalam kejadian 17 April lalu. Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik kediaman sewanya di aras 23, sebuah apartment di Jalan Dato Keramat, di sini.

Sumber:

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …