TANGKAPAN DADAH OLEH IPD BARAT DAYA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Barat Daya, 12 Mei 2022 – Ketua Polis Balai Bayan Lepas Bersama anggota balai telah mengadakan tangkapan ke atas tiga (3) orang lelaki berusia 20-an hingga 30-an semasa melakukan tugas Cegah Jenayah di kawasan Bayan Lepas Pulau Pinang.

Dalam pemeriksaan yang dibuat di kawasan tempat letak motosikal berhadapan Pusat Bayan, Bayan Lepas, pihak polis telah menahan seorang lelaki dan menemui lebih kurang 1.90 gram dadah disyaki syabu.

Bertindak atas maklumat yang diterima, polis telah menyerbu sebuah rumah di Pusat Bayan Jalan Merbah, Bayan Lepas. Setelah pemeriksaan, pihak polis menahan dua (2) lelaki dan menemui lebih kurang 5.80 gram dadah disyaki syabu.

Kes disiasat di bawah Sek 39A(1) ADB 1952, Sek 12(2) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.

Sumber:

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …