PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN SOP DI BUTTERWORTH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Perai Utara telah memperkasakan pemeriksaan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Fasa Peralihan Endemik, Pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2022, Ops Pantau 2022, Pemeriksaan Bekalan Tepung Gandum, Bekalan Minyak Masak, Bekalan Ayam dan Telur Ayam serta Pemeriksaan RTK Test Kit Covid-19 di premis sekitar Taman Bagan, Butterworth, Seberang Perai Utara pada 10 Mei 2022.
Pemeriksaan dilakukan oleh tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai Utara melibatkan 22 buah premis.
Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …