TERUSKAN RAIH PAHALA DENGAN PUASA ENAM – EXCO DAKWAH

 

KOTA DARULNAIM – Di samping berpuasa sebulan pada Ramadan, Rasulullah SAW menyarankan umatnya mengamalkan puasa enam hari pada Syawal.
Fadilat amalan berpuasa enam hari tersebut dikupas oleh Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dengan memetik maksud hadis riwayat Imam Muslim ‘Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari pada bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti dia berpuasa selama satu tahun.’
YB Dato’ Mohd Nassuruddin juga bersyukur atas kesempatan untuk memimpin Solat Sunat Duha dan menyampailam Kuliah Duha di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Beliau mendoakan seluruh umat Islam meneruskan kehebatan beribadah pada bulan Ramadan dengan istiqamah melaksanakannya pada bulan-bulan seterusnya.

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …