“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

 

KUALA KRAI, 6 Mei 2022 – Koperal Jamil, Koperal Ihsan, Koperal Zaidi dan Konstabel Nazrul dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Kuala Krai telah memberi bantuan ke atas sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan pada sistem wiring di bahagian stereng dan mengakibatkan kenderaan tersebut berasap serta mengeluarkan percikan api. Kejadian berlaku di KM 65 Jalan Kota Bharu – Gua Musang.
Tindakan pantas oleh pasukan BSPTD IPD Kuala Krai telah berjaya memadamkan api tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa membuat pemeriksaan kenderaan secara berkala dan utamakan keselamatan diri dan pengguna jalanraya yang lain.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota polis di lapangan atas keprihatinan terhadap masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …