PELUANG MALAYSIA: EROPAH MULA BERALIH KEPADA MINYAK SAWIT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Berita Harian pada 6 Mei 2022 melaporkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan mengambil peluang yang timbul akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan minyak masak untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia memandangkan komoditi itu mula menjadi pilihan di rantau berkenaan.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata kementerian berhasrat untuk membuka jalan untuk komoditi itu mendapatkan semula bahagian pasarannya, terutama di Kesatuan Eropah (EU). Tambah beliau, konflik di Ukraine yang bermula pada 24 Februari lalu telah menjejaskan bekalan global minyak sayuran dengan ketara kerana ketidaktentuan eksport melalui Laut Hitam mengakibatkan harga minyak sayuran dan minyak masak yang lebih tinggi.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …