HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-TURKI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan di Istana Negara pada 5 Mei 2022. Perbualan selama 20 minit telah menyaksikan Seri Paduka Baginda dan Erdogan masing-masing bertukar menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah. Seri Paduka Baginda, bagi pihak KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, turut menzahirkan ucapan kepada Puan Yang Terutama Emine Erdogan, isteri kepada Presiden Republik Turki.
Kedua-dua pemimpin turut menzahirkan rasa kegembiraan dengan hubungan dua hala yang terjalin kukuh di antara Malaysia dan Turki dalam pelbagai bidang kerjasama berkepentingan termasuk ekonomi dan perdagangan. Seri Paduka Baginda juga telah menyampaikan persetujuan untuk berangkat melakukan Lawatan Negara ke Republik Turki pada suku ketiga tahun ini.
Seri Paduka Baginda turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Erdogan atas pembukaan Hagia Sophia Grand Mosque di Istanbul, buat pertama kalinya dalam 88 tahun, untuk ibadah solat sunat Tarawih bermula pada 1 April 2022. Seri Paduka Baginda menyifatkannya sebagai detik bersejarah kepada rakyat beragama Islam di Republik Turki dan juga seluruh dunia.

Artikel/Berita Terkini

PENGANGGUR MILIKI 33 REKOD JENAYAH BERJAYA DIBERKAS DI TAWAU

TAWAU (7 Mei):  Polis menahan dua orang suspek lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kes memecah masuk sebuah kedai runcit di …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI SOKONG PENUH PINDAAN ORDINAN BURUH SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan Negeri menyokong penuh pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah (OBS) bagi memastikan rakyat dan masyarakat industri …
Maklumat Lanjut