SIDANG MEDIA OP SELAMAT 18 SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Sidang Media Op Selamat 18 yang akan bermula pada 29 April hingga 8 Mei 2022 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 yang berlangsung di Bazar Ramadan, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Op Selamat 18 ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut pada musim perayaan, memberikan tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang secara total dan khidmat kepada masyarakat dari aspek menguruskan kelancaran lalu lintas dan memastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Dato’ Shuhaily berkata, berdasarkan penilaian awal dianggarkan sebanyak 3.6 juta kenderaan akan melalui Pulau Pinang untuk menghala balik ke utara. Bagi membantu dalam melancarkan aliran lalu lintas dan memudahkan pengguna jalan raya membuat perancangan awal, pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang akan menyalurkan maklumat aliran trafik bermula pada Jumaat ini melalui medium Facebook rasmi PDRM Pulau Pinang.

 

Seramai 360 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam Op Selamat kali ini. Disamping itu juga, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik turut berkolaborasi dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen bagi Kempen Rumah Selamat dan Pencegahan Jenayah serta dibantu oleh agensi penguatkuasa yang lain seperti JPJ, PBT dan JAS.

 

YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain juga berkata pihak PDRM menyeru semua pengguna jalan raya dan lebuhraya khasnya di negeri Pulau Pinang ini agar memandu secara berhemah dan patuhilah peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mencegah kejadian kemalangan jalan raya.

 

Artikel/Berita Terkini

SUHU SEMAKIN MENINGKAT, ELAK DARI TERKENA STROK HABA.

Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum …
Maklumat Lanjut

LEBIH 1,500 JEMAAH HAJI PAHANG TERIMA SUMBANGAN RM750 SEORANG

KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Barakah Haji Pahang memperuntukkan RM1.191 juta kepada 1,588 bakal jemaah haji negeri itu yang akan berangkat …
Maklumat Lanjut

JABATAN PERHUTANAN SASAR CAPAI MISI TANAM 100 JUTA POKOK AKHIR TAHUN INI

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya sasaran kempen menanam 100 juta pokok mampu dicapai lebih awal selewat-lewatnya akhir tahun ini …
Maklumat Lanjut