MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA 4 DIVISYEN BERSAMA PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT

KUALA LUMPUR: Majlis Berbuka Puasa Warga 4 Divisyen bersama Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Datin Hartiah Hamzah telah diadakan di Dewan Kem Wardieburn pada 26 Apr 22.

Ketibaan PMB TD dan isteri disambut oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran bersama Pengerusi BAKAT 4 Divisyen, Datin Hjh Hanesabirin Yusoff dan Pegawai-pegawai Kanan naungan 4 Div. Acara dimulakan dengan Tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh PS 2 Agama MK 4 Div, Lt Kol Wan Rozali Wan Mohamad dan diikuti dengan berbuka puasa dan disusuli dengan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada anggota dan anak-anak anggota yang mempunyai penyakit kronik serta penyampaian cenderahati kepada Panglima-panglima formasi .

Majlis ini bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang turut menekankan kepada pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang selain dapat mengeratkan silaturrahim antara para pegawai dan anggota. Ianya juga diadakan dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

Turut hadir Panglima 2 Bgd, Brig Jen Mohd Azmurin Mat Khalib, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Hj Fazal Hj Abdul Rahman dan Panglima 12 Bgd Brig Jen Sani S.Omar, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Zainudin Bahari dan Pengerusi-pengerusi BAKAT formasi.

– Sel Perhubungan Raya –

– Divisyen Keempat Infantri Malaysia –

SUMBER: FB MARKAS 4 DIVISYEN https://www.facebook.com/profile.php?id=100064753264276

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut