PENUTUPAN PREMIS AKIBAT WABAK PENYAKIT HFMD

Sehingga Minggu Epid (ME) ke-16 bertarikh 23 April 2022, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya (PKPj) telah melaporkan sebanyak 1068 kes dan sejumlah 103 wabak penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) yang berlaku di wilayah ini. Ini merupakan peningkatan yang amat mendadak, iaitu pertambahan sebanyak 842 kes (371%) jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas.Selain itu, sebanyak 77 buah taska dan 8 tadika telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) disebabkan wabak HFMD ini.

Makan ulam pucuk pegaga

Ulam dicecah sambal berlada

Jaga diri, jaga keluarga

Wabak HFMD kian melanda

 

SUMBER: FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA https://www.facebook.com/PKWPPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …