SIDANG MEDIA CADANGAN PEMBAIKAN RUNTUHAN CERUN DI LORONG BUKIT KUKUS, PAYA TERUBONG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN

YB Tuan Zairil Khir Johari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan telah mengadakan satu sidang media mengenai Cadangan Pembaikan Runtuhan Cerun di Lorong Bukit Kukus (Berhampiran Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah dan Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah Bukit Saujana) Paya Terubong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada 25 April 2022.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Jabatan Kejuruteraan) akan melaksanakan kerja-kerja membaikpulih runtuhan cerun pada suku ketiga tahun 2022 dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2024. Ianya melibatkan kerja-kerja “Rock Bolting, Soil Nailing, pemasangan “Flexible Rockfall Barriers”, pemasangan “Rockfall Netting, Drainage dan Road Resurfacing”. Kos pembaikan runtuhan cerun adalah berjumlah sebanyak RM7,907,611.52 (termasuk kos Bayaran Yuran Perunding dan kos Imbuhan Balik “Reimbursable”. Turut hadir pada sidang media ini YB Tuan Yeoh Soon Hin, ADUN Paya Terubong dan Ir. Cheah Chin Kooi, Pengarah Kejuruteraan MBPP.

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …