SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI: PBT KELANTAN DIARAH TIDAK KUNCI TAYAR KENDERAAN

 

Kerajaan Kelantan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu supaya tidak mengunci tayar kenderaan yang melakukan kesalahan terutama di kawasan bandar bermula minggu ini hingga seminggu selepas sambutan Aidilfitri.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Rosnazli Amin berkata syarikat yang mengendalikan konsesi parkir juga telah diminta supaya tidak berbuat demikian.
“Kerajaan negeri memberi arahan kepada PBT supaya satu tindakan lebih ringan dilaksanakan berbanding mengunci tayar, kerana kita sedar kenderaan yang masuk terlalu banyak, sudah tentu petak parkir yang ada tidak mencukupi,” katanya.
Mengulas lanjut, Rosnazli berkata walaupun tiada tindakan mengunci tayar, orang ramai masih perlu membuat bayaran parkir dan saman akan dikeluarkan sekiranya mereka ingkar.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …