900 ASNAF TERIMA ZAKAT PKINK, PMBK

 

KOTA BHARU – “Golongan asnaf memainkan peranan yang besar dalam membersih dan menyucikan harta orang berada melalui penerimaan zakat,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri YB Rohani Ibrahim.
Tambahnya, dengan pemberian sumbangan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) iaitu Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dapat membantu para asnaf terpilih dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI untuk menyediakan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan Majlis Sumbangan wang kepada golongan fakir miskin dan armalah sempena Program Madinah Ramadan yang diadakan di ruangan solat, Madinah Ramadan di sini, semalam.
Pada majlis tersebut, sembilan ratus penerima terdiri daripada sembilan buah Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan sekitar majlis tersebut dirai.
Turut hadir, ADUN Bunut Payong YB Dato’ Dr Ramli Mamat, ADUN Pasir Tumboh YB Abd Rahman Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Mohamad Nasriff Daud bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, serta Ahli-ahli majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut