PROGRAM SINGGAH SAHUR YB MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA MEDIA DAN BELIA NEGERI

Kementerian Belia dan Sukan, yang diketuai YB Menteri, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu telah menyantuni dua pusat tahfiz dengan menyediakan bekalan sahur untuk warga tahfiz tersebut.

70 bungkus makanan sahur telah diedarkan di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7, Jalan Tambun, manakala 80 bungkus makanan telah dihantar di Pondok Darul Furqan Tambun sempena Program Singgah Sahur YB Menteri Belia dan Sukan Bersama Media dan Belia Negeri Perak.

Dalam program ini juga YB Menteri turut sama bersahur dan menunaikan solat subuh bersama-bersama 250 orang yang terdiri daripada golongan belia di sekitar Tambun, kariah masjid dan media di Masjid Hajjah Puteh Mahami, Bercham Jaya.

Turut bersama, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

#TeamKBS

#KeluargaMalaysia

Sumber : FB JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/JBSWPKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …