OPS KHAS KONTENA OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Ops Khas Kontena dan pelbagai kesalahan teknikal di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang pada 24 April 2022 (Rabu).

Tujuan Operasi ini adalah bagi memastikan semua pemandu dan pengusaha Kenderaan Perhidmatan Barangan (KPB) khususnya lori kontena mematuhi peraturan dan undang-undang serta Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan 1959 serta kenderaan selamat digunakan di jalan raya. Operasi ini memberi fokus utama terhadap penggelenggaraan ‘twist lock’, penggunaan tayar celup yang tidak menepati kelulusan sirim, lampu brek dan lain-lain kesalahan teknikal serta kesalahan pelesenan memandu, pelesenan kenderaan dan juga kesalahan-kesalahan lalu lintas.

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …