PROGRAM SEMARAK RAMADHAN MKN PEJABAT WILAYAH TAWAU NEGERI SABAH :MENYANTUNI MASYARAKAT PELARIAN DI SPMP KG SG BUAYA, TAWAU

Tawau, Sabah 19 April 2022 : MKN Pejabat Wilayah Tawau, Sabah telah mengadakan Program semarak Ramadhan di Masjid SPMP Kg Sg Buaya, Jalan Apas, Tawau. Bersama masyarakat pelarian.

Program tersebut diadakan bagi menyantuni masyarakat pelarian dan dalam program itu juga diis dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Pejabat Wilayah Tawau iaitu tuan ASP Ruslan Tarai dengan memfokuskan kepada isu-isu keselamatan di SPMP agar keselamatan dan keamanan dapat dikekalkan serta menjauhkan diri daripada gejala yg tidak sihat dan subversif Selain itu, perkongsian Dasar Keselamatan Negara (DKN) juga diterangkan agar dapat diamalkan oleh seluruh pelusuk penduduk Kg Sg Buaya.

Program Tazkirah juga telah disampaikan oleh Ustaz Tahang Abdullah iaitu seorang penceramah bebas dari JHEAINS. Tema tazkirah kali ini ialah berkenaan Ramadhan bulan keampunan. Hadirin  diseru untuk memohon keampunan serta memperbanyakan ibadah terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ganjaran beribadah pada malam al-qadr ialah seperti beribadah 1000 bulan.

Program tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah bersama penduduk SPMP Kg Sg Buaya, Tawau.

Program ini berjaya menarik minat golongan belia kerana hampir 60% daripada lebih 100 orang penduduk yang hadir adalah golongan belia dan remaja. Peranan golongan ini sebagai ‘ejen pengubah’  ke arah yang positif boleh dibentuk melalui program-program keagamaan dan patriotisma seperti ini.

#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut