JELAJAH OP SELAMAT KE-18, PDRM-PETRONAS DIDIK PEMANDU

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk melaksanakan Program Jelajah Op Selamat ke-18 dan Program ‘Go To The Safety Points’ (GSTP) di seluruh negara selama tiga hari bermula Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, kedua-dua program tersebut memberi penekanan keselamatan pengguna jalan raya dan advokasi berkenaan undang-undang trafik supaya pemandu lebih berhemah.

“Jelajah Op Selamat 18 akan bermula dari 22 hingga 24 April dengan melibatkan 47 buah stesen minyak Petronas di lokasi terpilih mengikut zon di semua negeri.

“Turut didedahkan peranan GSTP kepada orang ramai sekiranya berlaku situasi kecemasan dan tindakan awal sebelum bantuan tiba memandangkan ramai di kalangan mereka bergerak balik ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika menyempurnakan majlis pelancaran program tersebut di Stesen Petronas Solaris Putra, pada Jumaat

Majlis turut disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan; Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dan Ketua Keselamatan Kumpulan Petronas, Datuk Seri Zulkifili Abdullah.

Mat Kasim berkata, inisiatif tersebut dijalankan untuk memastikan masyarakat lebih cakna terhadap keselamatan jalan raya memandangkan masih ramai pemandu yang didapati masih ingkar peraturan trafik semasa Op Selamat ke-17 sempena Tahun Baharu Cina pada Februari lalu.

“JSPT dan Petronas melancarkan Jelajah Op Selamat ke-18 ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Kami akan pergi ke stesen minyak terpilih dan sama-sama memberi advokasi kepada masyarakat agar keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Katanya, 47 stesen minyak terpilih itu melibatkan enam zon iaitu Zon Tengah (Kuala Lumpur, Selangor); Utara (Kedah,Pulau Pinang, Perak); Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang); Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan); Sabah (Kota Kinabalu, Papar, Penampang) dan Sarawak (Kuching, Padawan, Kota Samarahan).

SUMBER: SINAR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …