29 LOKASI DIKENAL PASTI UNTUK LIHAT ANAK BULAN SYAWAL PADA 1 MEI INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Hubungan Berbilang Agama)

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal 1443 Hijrah ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei 2022 bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. Turut dipersetujui bahawa kaedah penetapan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Di Pulau Pinang, Pusat Falah Sheikh Tahir, Pantai Acheh yang terletak di Balik Pulau telah dipilih sebagai salah satu pusat cerapan anak bulan Syawal tahun ini.

Difahamkan bahawa pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut (1 Mei 2022) melalui semua saluran arus perdana negara.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan, antaranya batuk, mata pedih dan berair, hidung berair, kulit gatal serta kesukaran bernafas …

TINDAKAN SEMASA JEREBU

Ketika jerebu, utamakan kesihatan diri dan keluarga. Hadkan aktiviti di luar rumah, minum air secukupnya, gunakan pelitup muka yang sesuai …

KESIAPSIAGAAN PERTAHANAN DI LAUT UNTUK MEMBANTERAS PENCEROBOHAN PATI: LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Kedaulatan negara tidak berhenti di daratan. Ia turut dipertaruhkan di laut. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara maritim, keselamatan perairan …