SEBANYAK 487,728 KANAK-KANAK LENGKAP VAKSINASI COVID-19

20 APRIL – Sebanyak 487,728 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun atau 13.7 peratus daripada populasi itu melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,425,865 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.1 peratus, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,877,332 individu atau 92.5 peratus lengkap divaksin, manakala 2,978,531 atau 95.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,985,545 individu atau 67.9 peratus menerima dos penggalak, 22,961,980 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua, manakala 23,238,874 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 47,612 dos vaksin diberikan membabitkan 35,398 dos kedua, 4,635 dos penggalak dan 7,579 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,742,922.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 12 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam, dengan Perak merekodkan jumlah tertinggi iaitu lima kes diikuti Johor dengan tiga kes.

Kedah, Melaka, Pahang dan Putrajaya masing-masing mencatatkan satu kes.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut