JELAJAH RAMADAN RTM LABUAN DEKATI GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

WP LABUAN– Sedekad Jelajah Ramadan Stesen Radio RTM meraikan golongan yang kurang berkemampuan melalui aktiviti kunjung ziarah serta menyampaikan bantuan agar tidak tersisih terutama dalam menyambut bulan Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Pengarah Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, Dengan tema Berkat Ramadan, LABUANfm dengan Kerjasama Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Labuan berkunjung ziarah ke lima buah rumah asnaf serta menyampaikan sumbangan tajaan QSR.
“LABUANfm turut menyantuni 18 orang anak-anak yatim daripada Kompleks Darul Kifayah, MAIWP Labuan dan menyumbang juadah berbuka puasa Nasi Katok di 10 buah masjid dan surau,”jelasnya.
SUMBER: JABATAN PENERANGAN LABUAN, MALAYSIAKATIF

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …