“JOM SHOP RAYA” RANCAKKAN PROGRAM JUALAN MALAYSIA AIDILFITRI DI JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR – Yang Berhormat Dato’Hj Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022 JOM SHOP RAYA @ J.T.A.R. di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 April 2022.

Program JOM SHOP RAYA @ J.T.A.R. merupakan kerjasama KPDNHEP bersama Batu Road Retailers Association (BARRA) bersempena Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022.

KPDNHEP telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM300,000.00 termasuk baucar hadiah berjumlah RM200,000.00 kepada pihak BARRA untuk menggerakkan kempen promosi jualan JOM SHOP RAYA ini. Langkah ini dilihat perlu untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami rakyat khususnya dari golongan B40 untuk membuat persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk pengetahuan umum, Program Jom Shop Raya ini di laksanakan selama sebulan bermula 16 April hingga 15 Mei 2022. Program ini adalah salah satu usaha berterusan kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara khususnya sektor peruncitan selain mengembalikan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR dalam keadaan selamat.

#KPDNHEP

Sumber: FB KPDNHEP https://www.facebook.com/kpdnhep

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut