PLATFORM PEMBAYARAN DIGITAL MENJADI PILIHAN PENIAGA BAZAR DALAM MELINDUNGI KESELAMATAN KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KEUTUHAN EKONOMI

INFRASTRUKTUR DIGITAL

Pada bulan Ramadan ini, dengan fasa peralihan negara ke arah status endemik, ramai peniaga bazar tempatan telah mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) Axiata, untuk melindungi keselamatan masyarakat melalui pembayaran tanpa tunai.

Gerai-gerai jualan seperti gerai kuih-muih, air balang, ayam golek, roti john, murtabak dan banyak lagi adalah antara yang telah menerima Boost sebagai penyelesaian pembayaran digital pilihan mereka pada tahun ini dalam usaha mereka untuk mengelak dari berlakunya penyebaran wabak Covid-19. Sebagai satu komuniti, peniaga berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelanggan dan pekerja selamat tanpa jangkitan virus dengan menyediakan kemudahan pembayaran tanpa sentuhan untuk transaksi harian, seperti Boost.

Hasil tinjauan juga mendapati terdapat beberapa tapak bazar yang telah menggunakan kemudahan pembayaran secara digital seperti di tapak bazar Shahbandar, Batu Burok, dataran Drawbridge dan banyak lagi. Melalui kaedah ini, setiap transaksi jualan dapat dilakukan dengan pantas dan dapat menjimatkan masa para pembeli. Pembei juga turut menyatakan bahawa kaedah ini banyak membantu mereka dan mereka tidak perlu risau akan ancaman kecurian kerana tidak perlu lagi membawa wang dengan banyak.

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …