PROGRAM SAYANGI UMMAH, SAYANGI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Pada 15 April 2022 (Jumaat), MKN Negeri Pulau Pinang bersama pihak pengurusan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah telah menganjurkan Program Sayangi Ummah, Sayangi Malaysia. Program ini dimulai dengan majlis Tahlil dan Iftar, seterusnya berakhir dengan sesi solat Tarawih. Program yang disertai kira-kira 250 komuniti setempat ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan perpaduan melalui aktiviti keagamaan di samping menyebar luas motto Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama.

Kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan sesuatu program memperlihatkan betapa perpaduan dalam kalangan komuniti amat penting bagi menjayakan sesuatu dasar dan wawasan Kerajaan selaras dengan semangat #KeluargaMalaysia.

Sekalung penghargaan MKN Pulau Pinang kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan Program Sayangi Ummah, Sayangi Malaysia dan diharapkan semangat kerjasama dan cintakan perpaduan akan terus mewarnai kehidupan generasi akan datang.

 

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut