AKTIVITI PEMERIKSAAN BAZAR RAMADAN 1433H OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (PKD SPU)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BERTAM, 14 APRIL 2022 – Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara telah mengadakan aktiviti pemeriksaan Bazar Ramadan 1433H di Bazar Ramadan Bandar Putra Bertam pada 11 April 2022 (Isnin) dengan kekuatan anggota seramai 13 orang dan melibatkan 52 gerai peniaga.

Dalam pemeriksaan ini, sebanyak 3 sampel makanan yang dijual di bazar tersebut turut diambil untuk dihantar dan dianalisis di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang (MKKM PP) di Butterworth.

Sehingga hari ini, PKD SPU telah menjalankan pemeriksaan di 5 Bazar Ramadan yang beroperasi di daerah Seberang Perai Utara dan sebanyak 15 sampel makanan yang dijual di bazar telah diambil dan dihantar ke MKKM PP bagi tujuan pemantauan tahap keselamatan makanan yang dijual.

Sumber:

Laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut