MINGGU SAINS NEGARA 2022 KEMBALI LAGI

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sekali lagi menganjurkan  Minggu Sains Negara. Istimewanya tahun ini, Minggu Sains Negara dijenamakan semula sebagai Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 (MSNKM 2022) dan bertemakan “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi”.

Terdapat 7 bidang fokus sepanjang program ini berlangsung dan dijalankan secara ATAS TALIAN mulai April hingga Oktober 2022.

  • April – Kesihatan Planet
  • Mei – Kimia dan Bioteknologi
  • Jun – Kegunaan Aman Nuklear
  • Julai – Inovasi Sosial
  • Ogos – Kejuruteraan
  • September – Nanoteknologi
  • Oktober – Angkasa

Disamping itu, pelbagai acara telah disusun antaranya webinar, pameran maya dan pelbagai pertandingan. Selain itu, peserta juga boleh mendapatkan badge pencapaian dengan menyelesaikan tugasan yang diberi di sepanjang program berlangsung. Penyertaan adalah percuma.

Bagi pelajar/ guru yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di

?Laman web: www.minggusainsnegara.com

?Instagram: https://instagram.com/minggusainsnegara?utm_medium=copy_link

?Facebook: Minggu Sains Negara

?Tiktok: minggusainsnegara

SUMBER: FB KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)  https://www.facebook.com/officialmosti

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …