PENYELUDUPAN DI KELANTAN MENINGKAT PADA MUSIM RAMADHAN

 

Peningkatan permintaan di bulan Ramadan menyebablan kes penyeludupan di sempadan Kelantan semakin meningkat. Beberapa tangkapan telah dibuat berhampiran sempadan negeri sejak 2 hari Ramadan.

Dalam tempoh seminggu, jumlah tangkapan bernilai RM 114,570 telah berjaya dirampas.

Bermula pada Khamis lalu (31 Mac), pihak berkuasa membongkarkan kegiatan penyeludupan mercun setelah kendaraan tersebut memecut sejauh enam kilometer secara tiba-tiba sebaik dihampiri pihak berkuasa. Kenderaan itu berjaya ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Kampung Tok Oh jam 5.30 pagi, dan mercun dianggarkan bernilai RM7,200 dirampas.

Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai kosmetik dari Thailand yang dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini dalam serbuan di pangkalan haram Kuala Jambu.

Manakala, di Sungai Tok Rusa, Meranti, kegiataan sekumpulan lelaki memindahkan lembu menggunakan perahu untuk diseludup masuk ke dalam negara tidak kesampaian apabila ia berjaya dikesan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9).

Selain mercun, daging dan kosmetik, cubaan seorang tekong untuk menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam sebuah kereta Proton Waja di Pasir Mas.

Oleh itu, pegawai dan anggota PGA yang bertugas di Ops Wawasan Kelantan telah bersiap siaga sepanjang masa mengawal sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelakkan aktiviti penyeludupan terutama sekali mercun dan bunga api dari negara jiran lolos ke negara ini.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut