OPS LEBIH MUATAN DI STESEN PENGUATKUASA VALDOR DAN PENAGA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 11 APRIL 2022 – Stesen Penguatkuasa Valdor dan Penaga, JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) dengan fokus utama KPB membawa lebih muatan. Lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti penguatkuasaan adalah di laluan utama kuari, pelabuhan, kawasan perindustrian dan juga lebuhraya PLUS dan BKE.

Penguatkuasaan ini diadakan bertujuan untuk memastikan pemandu dan pengusaha KPB mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

Sepanjang penguatkuasan yang telah dilaksanakan pada minggu ini, sebanyak 42 buah KPB telah dikenakan tindakan dan daripada jumlah itu sebanyak 4 buah kenderaan dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 manakala 38 buah kenderaan lagi dikenakan tindakan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV(C&U)

Penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap KPB yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang terutama membawa muatan melebihi had dibenarkan akan terus dilaksanakan secara telus dan berterusan bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan KPB selamat digunakan dijalan raya.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …