KELANTAN BAKAL RAIH RM1.8B PELABURAN MELALUI ECERDC

 

KOTA DARULNAIM – Hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), selaku badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu serta melaksanakan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah memperkukuh daya saing Kelantan sebagai destinasi pelaburan.
Hal tersebut turut merangsang ECERDC mempergiatkan lagi aktiviti promosi pelaburan bagi menarik Pelaburan Langsung Domestik (DDI) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Kelantan, terutamanya selepas pembukaan sempadan antarabangsa negara.
Di bawah Insentif Khas Kelantan, pelabur yang layak akan menikmati 100 peratus pengecualian cukai pendapatan selama 15 tahun dengan lanjutan lima tahun lagi pada kadar istimewa 17 peratus. Bagi pekerja bukan warganegara yang memegang jawatan pengurusan kanan, mereka hanya akan dikenakan kadar cukai rata sebanyak 15 peratus sebagai insentif tambahan untuk menarik FDI ke Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …