PICKIDS: KADAR VAKSINASI DI LABUAN ANTARA YANG TERENDAH

WP LABUAN, 9 April – Labuan merupakan antara negeri dan Wilayah Persekutuan yang kadar vaksinasi COVID-19 paling rendah melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Menurut statistik yang dikumpul Jabatan Kesihatan Labuan setakat semalam, hanya 1.9 peratus atau 218 kanak-kanak daripada sasaran 11,700 kanak-kanak di pulau ini telah menerima dua dos vaksin COVID-19.

Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari berkata daripada jumlah sasaran itu, hanya 41.92 peratus atau 4,905 kanak-kanak menerima suntikan dos pertama, dan purata mereka yang mengambil vaksin secara jumpa terus ke pusat pemberian vaksin (PPV) adalah bawah 100.

“Kita hanya boleh berharap agar lebih ramai ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka mengambil dan melengkapkan vaksinasi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau juga mengingatkan bahawa ada sesetengah kanak-kanak yang mengalami sakit teruk daripada jangkitan COVID-19 atau menghidapi komplikasi jangka panjang, maka vaksinasi adalah kaedah terbaik untuk menghalang kanak-kanak daripada jatuh sakit.

Dr Ismuni berkata beberapa ibu bapa masih teragak-agak untuk memberi vaksin kepada anak mereka kerana bimbang dengan kesan sampingan walaupun risikonya sangat rendah.

“Ramai ibu bapa juga mempersoalkan sama ada vaksin itu diperlukan untuk kanak-kanak. Mereka mendakwa, secara salah, bahawa kanak-kanak tidak akan mengalami sakit teruk sekiranya dijangkiti COVID-19, walaupun hakikatnya bilangan kes positif dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat.”

“Ada antara mereka yang enggan memvaksin anak kerana mereka fikir vaksin itu tidak berbuat apa-apa untuk mengehadkan penyebaran virus. Mereka salah faham bahawa vaksin ini hanya mengehadkan tahap keterukan gejala tanpa mencegah jangkitan,” katanya.

Beliau berkata vaksin melindungi kes-kes bergejala dan tidak bergejala serta mengehadkan penyebaran virus itu ke populasi selain mengelakkan penutupan sekolah dan aktiviti kokurikulum terjejas sekiranya ada jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …