KURANGKAN RISIKO BANJIR KILAT: NAIK TARAF PARIT DI JALAN TANJONG BUNGA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Pada 8 April 2022, Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari semasa lawatan ke kawasan projek kerja-kerja menaik taraf parit di FT006 Jalan Tanjong Bunga (persimpangan hotel Mercure) memaklumkan, beliau berharap projek berkenaan mampu mengurangkan risiko banjir kilat kelak.

Jelasnya, permohonan bagi projek bernilai RM250,000 itu diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ekoran jalan dan parit tersebut adalah termasuk dalam jajaran jalan Persekutuan.

Sebagai usaha mengurangkan kekerapan banjir kilat daripada berulang, parit sedia ada bersaiz 600 milimeter (mm) akan diganti baru dengan scupper drain dan mengikut invert level baru supaya air dapat mengalir dengan lebih efisien. Selain itu, box culvert yang sedia ada bersaiz 900mm akan diganti kepada box culvert baru bersaiz 1,200mm sepanjang 30 meter.

Projek tersebut juga melibatkan komponen kerja-kerja jalan seperti penurapan semula jalan dan pembinaan semula perabot jalan.

Sumber:

Buletin Mutiara

 

Artikel/Berita Terkini

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …

MBSP CAR FREE MORNING @ SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MBSP CAR …

BRISK WALK: PERLUKAH IKUT BERAT BADAN DAN JARAK?

Berjalan pantas atau brisk walk semakin popular sebagai aktiviti fizikal yang mudah, murah dan sesuai dilakukan oleh kebanyakan orang. Namun, …