PADAH LAPORAN PALSU: LELAKI DITAHAN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT 8: Penguatkuasaan Undang-undang)

Seorang Operator Kilang berusia 33 tahun yang berasal dari Perak telah ditahan polis kerana membuat laporan palsu kononnya disamun bagi mengelakkan dikenakan bayaran denda untuk membuat kad pengenalan baharu.

Lelaki tersebut mendakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan berhampiran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan Kilang Plexus pada 03 April 2022 kira-kira jam 5.00 petang.

Hasil soal siasat lanjut oleh pegawai penyiasat terhadap individu terbabit mendapati laporan yang dibuat adalah palsu dan tujuan laporan polis dibuat adalah untuk mengelakkan dikenakan denda bagi membuat Kad Pengenalan yang baharu.

Individu tersebut telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pihak Polis mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu kerana tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang berbuat sedemikian.

Sikap tidak bertanggungjawab ini akan membazir masa polis menyiasat kes yang tidak wujud ataupun tidak berlaku disamping boleh mendatangkan kegusaran masyarakat berkaitan kejadian yang dilaporkan.

 

Sumber:

Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang (PDRM Pulau Pinang)

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut