OP PINTU MUTIARA: SELESAIKAN 14 KES PECAH RUMAH

Pada 4 April 2022, YDH SAC Rahimi bin Ra’ais, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang telah menghadiri sidang media Jabatan Siasatan Jenayah “?? ????? ???????” di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Beliau memaklumkan bahawa pada 26 Februari 2022, jam 2.00 petang yang lepas, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan kerana mendapati rumahnya di kawasan Ayer Itam, Pulau Pinang telah dipecah masuk dan menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM 50,000.00.

Rentetan itu, pada 25 Mac 2022, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian risikan jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang telah berjaya menahan (4) lelaki warga tempatan di sekitar daerah Kulim, Kedah dan pada 30 Mac 2022, (2) lelaki warga tempatan lagi berjaya ditahan oleh pihak polis di sekitar Kuala Lumpur yang menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan adalah seramai (6) orang.

Semakan rekod jenayah yang dijalankan mendapati kesemua individu tersebut mempunyai antara 2 hingga 45 rekod dadah dan jenayah lampau serta salah seorang daripada mereka masih dikehendaki oleh pihak polis bersangkut dengan kes dadah pada tahun 2014 dan 2017 di kontinjen Selangor.

Pihak PDRM juga telah berjaya membuat rampasan terhadap barang-barang seperti berikut :

– 2 buah kereta;

– 12 unit telefon bimbit pelbagai jenama;

– 11 unit jam tangan pelbagai jenama;

– 1 unit kamera;

– 45 keping wang tunai tempatan;

– 30 keping wang asing pelbagai negara; dan

– pelbagai paralatan pecah rumah

Hasil daripada penahanan ini, pihak PDRM percaya telah berjaya menyelesaikan 14 kes pecah rumah di mana lapan (8) kes berlaku di sekitar Pulau Pinang dan selainnya enam (6) kes di kontinjen lain iaitu Kedah, Perak, Pahang, Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sehingga 14 tahun dan juga dikenakan denda atau sebat.

Sumber:

Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut