KESELAMATAN MAKANAN: MEMBELI MAKANAN SECARA PESANAN ATAS TALIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Selain daripada membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan, ada diantara kita yang gemar membuat pesanan makanan dengan membeli secara atas talian. Kaedah ini adalah lebih mudah dan cepat kerana tidak perlu bersesak di Bazar Ramadan.

Namun, jangan lupa tip keselamatan makanan ringkas ini ketika hendak berbuka ya!. Pastikan anda:
1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih
2. Amalkan ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ sebelum makan. Jangan makan jika rasa pelik
3. Makan dengan segera. Jangan biarkan makanan lebih dari 4 jam pada suhu bilik
4. Sekiranya hendak makan kemudian, simpan segera ke dalam peti sejuk dalam bekas bertutup
5. Sekiranya anda rasa pening, loya, muntah, sakit perut atau cirit birit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Sumber:

Laman Facebook Rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut