PASARKAN PRODUK IKUT TEKNIK SEMASA – EXCO BELIA

 

TUMPAT – 22 peserta kursus kulinari; 18 beliawanis dan empat belia, dirai dalam Majlis Perasmian Kursus Kulinari Kek dan Produk IKS di Mr Chef Solution Academy Bandar Baharu Pasir Pekan, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat yang merasmikan majlis tersebut menasihati peserta supaya sentiasa peka dengan situasi dan teknik semasa untuk memasarkan sesuatu produk.
“Pada era dunia tanpa sempadan ini perniagaan atas talian menjadi pilihan utama kepada golongan belia kerana lebih praktikal khususnya pada musim pandemik COVID-19.
Konsep kita adalah memberi kail bukan ikan, kerana dengan memberi kail seseorang itu boleh berusaha sepanjang masa untuk meningkatkan hasil,” katanya.
Tambahnya, mengusahakan produk makanan akan memberi keuntungan yang besar kepada pengusaha dan sesuai dengan Kelantan yang sudah lama terkenal dengan pelbagai jenis hidangan.
Kursus selama tiga bulan tersebut mensasarkan golongan belia bertujuan menyuntik semangat dan mencipta peluang pekerjaan serta pendedahan kepada belia dan beliawanis di seluruh Kelantan.
Kursus ini juga bermatlamat untuk mempertingkat status sosioekonomi para peserta.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut