LAWATAN KERJA MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK DAN TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE ASIAN SUPPLY BASE

WP LABUAN – Menteri Pengangkutan Sarawak Dato’ Sri Lee Kim Shim dan Timbalan Menteri Pengangkutan II Dato’ Henry Harry Jinep mengadakan lawatan kerja ke Asian Supply Base Sdn Bhd pada 29 Mac 2022.
Ketibaan rombongan berkenaan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn Bhd En. Japar Esteban.
Dalam lawatan itu, rombongan berkenaan diberi taklimat mengenai pengoperasian syarikat hub logistik minyak dan gas dan seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan syarikat itu.
Terdahulu rombongan itu berkesempatan mengadakan lawatan ke Pelabuhan Labuan yang diselia oleh Megah Port Management (MPM).
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan
Sumber: BES Labuan

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …