KETUA POLIS PULAU PINANG TURUN PADANG JAYAKAN PROGRAM HIGH PROFILE POLICING (HPP) DI BUKIT TENGAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk memperluaskan penganjuran Program ‘High Profile Policing’ (HPP) di Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah dengan memfokuskan premis peniaga dan institusi kewangan sebagai usaha mencegah jenayah sekali gus menurunkan kadar jenayah.
Sehubungan dengan itu, Program HPP diadakan di Kilang Shan Poornam Metal di Bukit Tengah pada 23 Mac 2022 (Rabu). YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah hadir menjayakan program tersebut, disamping merasmikan penaiktarafan sistem keselamatan di kilang itu.

Selain itu, YDH DCP Dato’ Fisol bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dan lain-lain pegawai PDRM Pulau Pinang turut hadir memeriahkan Program HPP di Bukit Tengah.

 

Sumber:

Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …