PROGRAM BUMI HIJAU PERINGKAT DUN SEBERANG JAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

PULAU PINANG, 24 MAC 2022 – Program Bumi Hijau Peringkat DUN Seberang Jaya yang bertemakan “Tanam Pokok Untuk Selamatkan Bumi Kita” telah diadakan pada 23 Mac 2022 bertempat di Dewan MPKK Taman Sembilang, Seberang Jaya. YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Abd Hamid, Ahli Majlis MBSP telah mewakili YB Puan Nurul Izzah Anuar, Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk melancarkan program ini.

Projek pilot yang dirancang di DUN Seberang Jaya ini akan menanam sebanyak 200 anak pokok “Golden Penda” di sekitar Seberang Jaya dengan kerjasama daripada pihak MPKK kawasan. Aktiviti menanam pokok ini diharap dapat menambah keceriaan Seberang Jaya disamping dapat mewujudkan persekitaran yang hijau dan sihat.

Antara tetamu yang turut menghadiri program ini ialah YBrs. Encik Shaqhrony bin Md Yusoff, Pengarah Jabatan Landskap MBSP, YBrs. Encik Zainol Abidin bin Saad, Pegawai Khas Pejabat Parlimen Permatang Pauh serta MPKK kawasan DUN Seberang Jaya.

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut