AWAS! SCAM SINDIKET TAC

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Pelbagai taktik digunakan oleh sindiket penipuan Macau Scam untuk memperdaya mangsa mereka. Antara taktik terkini sindiket penipuan ialah dengan menggunakan Type Allocation Code (TAC) yang dihantar menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Modus operandi yang sering digunakan sindiket adalah dengan menghubungi mangsa menggunakan pelbagai medium sebelum meminta nombor TAC, kononnya tersalah memasukkan nombor telefon milik mangsa.

Antara individu yang sering menjadi sasaran sindiket adalah mereka yang sering membeli-belah di atas talian. Orang ramai sering diingatkan oleh pihak berkuasa agar tidak sekali-kali menyerahkan nombor TAC yang diterima menerusi SMS kepada orang lain sekiranya tidak membuat sebarang transaksi, sebaliknya mereka perlu terus menghubungi bank.

Di sini dikongsikan infografik yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan Scam Sindiket TAC ini. Masyarakat harus lebih berhati-hati dengan modus operandi penipuan sindiket TAC dan memahami dengan lebih jelas bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa scammer.

 

Sumber:

Laman Facebook KPDNHEP Laman Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …