PINDAAN RUU KERJA TETAPKAN CUTI PATERNITI TUJUH HARI BEKERJA

PINDAAN RUU KERJA TETAPKAN CUTI PATERNITI TUJUH HARI BEKERJA

KUALA LUMPUR: Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat memperuntukkan cuti paterniti tujuh hari bagi pekerja lelaki berkahwin telah diluluskan pada 21 Mac 2022. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata pindaan fasal 23 melibatkan pemanjangan tempoh cuti paterniti daripada tiga hari kepada tujuh hari. Ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi dan keputusan ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep `mengutamakan keluarga’. Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam.  Antara fasal lain yang dipinda ialah fasal 12 yang memperuntukkan tambahan tempoh cuti bersalin pekerja wanita dari 60 hari kepada 98 hari.

Sumber: Berita Harian dan Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut