TANGKAPAN OLEH BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH, IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Barat Daya, 21 Mac 2022 – Sepasukan Pegawai Kanan Polis bersama anggota dari BSJD telah menahan satu (1) lelaki berusia 40’an di Blok J MK 12 Batu Maung, Bayan Lepas Pulau Pinang bersangkut Jalan Tun Razak Repot.

Berdasarkan laporan, pengadu terlihat satu kenyataan telah dimuat naik melalui Facebook Group I-CITRA & I-SINAR (10K) & I-LESTARI KWSP 2021 yang mengandungi kenyataan ugutan “10K one off ke? Nyawa kau one off” beserta gambar seorang lelaki memegang senjata api menghala ke arah gambar YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 KK, 505(b) KK, 233 AKM 1998.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …