SIDANG MEDIA KETUA POLIS PULAU PINANG- – PEMBONGKARAN MAKMAL DADAH

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri satu Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang diadakan pada 21 Mac 2022. Dalam sidang media tersebut, beliau telah melaporkan dua kejayaan Polis DiRaja Malaysia Negeri Pulau Pinang membongkar makmal proses dadah di Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Timur Laut pada 17 Mac 2022.

Kejayaan pertama di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang melibatkan pembongkaran makmal memproses dadah dengan rampasan heroin base, heroin, syabu dan peralatan yang bernilai RM381,160.00. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 190,000 orang penagih dadah. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang membolehkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menyita lima buah kenderaan dan barang kemas dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM269,617.00. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM650,777.00.

Kejayaan kedua di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang melibatkan pembongkaran makmal mini memproses serbuk MDMA dengan anggaran rampasan seberat 2,025.30 gram, syabu seberat 53.7 gram, ketamin seberat 16.5 gram, pil ekstasi seberat 16 gram serta pil erimin 5 seberat 12 gram dan peralatan yang bernilai RM110,385.00. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 800 orang penagih dadah tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang membolehkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menyita sebuah motosikal bernilai RM3,500.00. (nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM113, 885.00).

Kedua-dua kes melibatkan tangkapan seramai 4 orang lelaki tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup. Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.

Sumber: Facebook PDRM Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut