MALAYSIA MENYOKONG RESOLUSI PBB MENGISYTIHARKAN 15 MAC SEBAGAI HARI ANTARABANGSA UNTUK MEMERANGI ISLAMOFOBIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Keselamatan Geo-Strategik Antarabangsa)

Wisma Putra telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 16 Mac 2022 menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia yang telah bersetuju untuk menaja bersama satu resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia. Resolusi tersebut merupakan inisiatif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut ditaja bersama negara China, Cuba, Nicaragua, Rusia, Uruguay, Venezuela dan Filipina.

Sumber: Facebook Wisma Putra

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …