DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)
Tabung Darah Hospital Pulau Pinang sentiasa mengadakan kempen derma darah bagi memenuhi keperluan penggunaan darah di hospital-hospital negeri ini. Setiap manusia berisiko kehilangan darah akibat kemalangan, kecederaan atau penyakit.
Oleh itu, kehilangan darah tersebut perlulah digantikan melalui pemindahan darah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan individu berkenaan dapat dipulihkan. Apabila perkara ini berlaku, maka beberapa langkah perlu diambil kira seperti kesesuaian darah penderma dengan darah penerima.
Sepanjang minggu ini, beberapa lokasi telah dipilih oleh Jabatan Transfusi, Hospital Pulau Pinang sebagai kempen derma darah. Oleh itu, anda dapat sama-sama membantu dengan menderma darah bagi kegunaan pihak hospital. Selain dapat membantu, menderma darah juga harus dilihat sebagai suatu proses yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada penderma sendiri. Dengan menderma darah, penderma dapat :-
- Mengurangkan risiko menghidap kanser
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Merangsang pengeluaran sel darah merah
- Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
- Mencegah hemokromatosis
#dermadarah
#tabungdarahhospitalpulaupinang
#jabatanperubatantransfusihospitalpulaupinang
#amalanmulia
#kitaprihatin
Sumber:



