OPS TEKNIKAL KENDERAAN PERSENDIRIAN KE ATAS KENDERAAN ANGGOTA DAN KAKITANGAN JPJ NEGERI KELANTAN

Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Kelantan telah menjalankan Ops Teknikal Kenderaan Persendirian ke atas kenderaan anggota dan kakitangan JPJ Negeri Kelantan pada hari ini.

Sasaran operasi ini adalah memfokuskan kepada penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi khususnya kenderaan anggota dan kakitangan JPJ.
Pemeriksaan telah dibuat bermula dengan kenderaan Persendirian Pengarah, Ketua Bahagian Penguatkuasa,Ketua-ketua Bahagian dan semua kenderaan anggota penguatkuasa. Pemeriksaan secara rawak kenderaan awam yang memasuki pejabat JPJ turut diperiksa.
Hasil operasi dijalankan mendapati sebanyak 102 buah kenderaan kakitangan yang diperiksa, 33 buah kenderaan telah diambil tindakan dan 33 notis dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. Manakala sebanyak 60 buah kenderaan orang awam telah diperiksa, sebanyak 27 kenderaan telah diambil tindakan dan 27 notis dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan pemandu dan pemilik mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa.

SUMBER : JPJ NEGERI KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …