ECRL : STATUS KESIAPSIAGAAN KERJA PROJEK ECRL DI LALUAN KOTA BHARU & PASIR PUTEH

KOTA BHARU : Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disasar mencapai kemajuan infrastruktur sebanyak 37 peratus bagi tahun ini membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Rangkaian rel sepanjang 665 kilometer (km) yang merangkumi 59 terowong dengan panjang keseluruhan 61 km serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhan 127 km dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion dan dijadualkan siap pada Disember 2026.

Pembinaan membabitkan Jajaran Seksyen A dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu manakala Seksyen B dari Dungun ke Mentakab, Pahang dan Seksyen C dari Mentakab ke Pelabuhan Klang, Selangor.

MRL optimis projek ECRL di Kelantan yang merangkumi jajaran sepanjang 43.86 km akan siap dibina mengikut jadual pada akhir 2026 dengan kerjasama dan sokongan padu dari kerajaan Kelantan serta maklum balas dan penerimaan positif oleh penduduk setempat.

 

 

SUMBER : KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut